Falsafah Matematik : Perbahasan Tentang Angka-Angka Prima (Prime Numbers)



1. Angka-angka prima adalah satu teknik dalam falsafah matematik untuk menghasilkan sesuatu keputusan dengan tepat. Bergantung kepada apa tujuan kita. Jika kita gagal dalam menggunakan angka prima maka keputusan dari penggunaan bukan angka prima maka ia akan mewujudkan suatu keputusan yang ‘chaotic’ (kacau) dalam segenap hal. Sebagai suatu contoh jika membuat keputusan dalam entri, bukan dengan angka prima, dagangan saham atau pembelian matawang digital samada digital atau kripto maka keputusannya adalah ‘kacau’.

2. Saya tidak jumpa satu sumber terbaik dalam menarik keuntungan, dalam menjana angka-angka prima melainkan dari sumber al-Quran. Tiada. Melainkan al-Quran. Yakin lah saudara-saudari hanya al-Quran. Di dalam al-Quran penuh dengan penyelesaian angka-angka prima yang boleh mencorak pergerakan hidup kita dengan lebih sempurna dalam segenap hal. Bukan terhenti dalam masalah entri dagangan saham atau pembelian matawang digital samada digital atau kripto tetapi juga dalam segenap hal. Jodoh, sebagai satu contoh lain. Jika kita salah memilih jodoh maka zuriat kita akan mudah terkena penyakit atau kacau. Genetik kita mempunyai kod-kod yang jika salah dikodkan maka akan mewujudkan ‘kekacauan’.

3. Hal matematik ini saya merujuk al-Quran, di mana al-Quran menyebut matematik sebagai (al-hisab)(الْحِسَابَ):

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

• Abdullah Muhammad Basmeih:

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). [Yunus:5]

4. Al-hisab atau kiraan atau matematik adalah cara kita mengira sesuatu. Dalam segenap hal. Allah sendiri menyebut bahawa wujud suatu disiplin yang dalam mencorakkan sesuatu yang dipanggil al-hisab. Jika disiplin ini tidak wujud, bagaimanakah kita untuk mengira sesuatu? Sedangkan al-Quran menyatakannya ia wujud? Adakah kita ingin mewujudkan kekacauan di dalam hidup? Atau lebih teruk lagi, kita menafikan satu disiplin ilmu dalam al-Quran. Kita mengingkari al-Quran! Kita mengingkari Allah! Siapakah kita untuk mengingkari firman Allah dan Allah sendiri? Adakah kita bersedia untuk menerima hukuman di akhirat? Bahkan di dunia ini kita sudah menerima hukumannya, contohnya, kekacauan dalam pasaran saham dan ekonomi. Kacau bilau hidup.

5. Jika kita sudah menerima hakikat ini maka kita cuba menyelongkar dalam al-Quran tentang angka-angka prima. Semua ‘kalam’ Allah dalam al-Quran adalah tepat. Cuma sahaja kita belum dapat ‘nyahinkrip’ atau dekod. Kita perlu menelitinya bagi mengetahui aplikasinya dalam hidup. Saya bagi satu contoh angka prima iaitu angka 47 dan angka 38

Bagi merungkainya kita perlu membaca ditempat lain dalam al-Quran bagi nyahinkrip atau dekod. Setiap umat itu diutuskan Rasul (‎وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا)(Dan sesungguhnya kami telah bangkitkan bagi setiap umat itu Rasul)[an-Nahlu:36] ‘dengan bahasa kaum mereka’ (بِلِسَانِ قَوْمِهِ)[Ibrahim:4]. ‘Ada di kalangan mereka yang tak diceritakan kepada kamu’ (وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ)[Ghāfir:78];[an-Nisā’:164]. Ilmu-ilmu yang berlegar di dalam dunia sekarang adalah saki-baki peninggalan nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu. Cuma kita kena bandingkan dengan al-Quran dan hadis sejauh mana ia tepat dan jitu. Muhammad s.a.w. itu penutup para nabi dan rasul. Menyempurnakan risalah.

6. Nah, sekarang kita sudah memahaminya kenapa kita perlu merujuk kepada al-Quran bagi menyelesaikan persoalan-persoalan matematik atau al-hisab dalam mengelak ‘kekacauan’. Tadi saya ada menyebut bahawa angka prima 47 dan 38. Angka prima 47 dan 38 adalah angka-angka yang merentas masa dan zaman. Ia juga mempunyai keunikan tersendiri berbanding angka-angka lain. Saya jelaskan bahawa angka 47 dan angka 38 adalah angka prima dalam al-Quran iaitu bersumber Surah Muhammad. 

Turutan Surah Muhammad dalam al-Quran adalah Surah ke 47 dan ia mempunyai 38 ayat. 

Angka 47 adalah angka dalam bentuk TEORI SUSUNAN NOMBOR TERBALIK atau REVERSE ARRANGEMENTS OF NUMBERS THEORY. Angka ini merentas masa dan zaman. 

Jika dikaji tentang angka 4 maka ia adalah seperti angka orang sedang bersilang kaki. 

Angka 7 pula seperti seorang yang bertongkat. 

Angka 47 bermaksud angka ‘orang senang’ atau ‘orang berkuasa’. 

Manakala angka 38 bermaksud angka “hidup kaya’. 

3 dalam bahasa Cina bermaksud ‘hidup’. 

Manakala 8 bermaksud ‘kaya’ atau ‘untung’. Angka 8 juga bermaksud dalam hidup ini ada ketika ia berputar naik dan turun. 

Persis teori ‘Anti-Piramid-VV‘ yang saya kembangkan. Ia menepati standard disiplin Surah Yusuf iaitu ada 7 tahun subur dan ada 7 tahun gersang. [Yusuf: 43 – 46]. 

Saya dalam banyak hal bila dalam membuat keputusan perniagaan adalah dalam bentuk Cina. Qarin jin yang ada dalam tubuh saya merupa Cina. 

Sebenarnya banyak lagi angka prima dalam al-Quran. Setiap kod-kod dalam al-Quran mempunyai maksud dan makna. Al-Quran bukan setakat bahasa sahaja tetapi mempunyai nombor-nombor. Semuanya mempunyai maksud dan makna mendalam.

8. Saya nyatakan bahawa dengan memilih angka-angka tidak sepatutnya maka ia akan mewujudkan kekacauan. Sebaliknya jika memilih angka-angka prima maka keputusan kita adalah tepat dan bijaksana. Kita orang cerdik. Satu perkara lagi yang ingin saya nyatakan bahawa pemilihan angka adalah mencorak hidup kita. Ia mempunyai interpretasi kepada qarin jin kita untuk bersifat. Kita mahu rugi atau untung maka kita sendiri yang membuat keputusannya. Kita memerlukan ilmu bagi mengelak ‘kekacauan’.

9. Saya ada sentuh tentang jodoh. Angka perjodohan yang tepat adalah bila ia nyatakan angka 77. Tetapi harus ingat ada dan wujud penyamaran-penyamaran ‘ayam’. Dalam dialek Melayu ‘ayam’ bermaksud ‘pelacur’. ‘Bapak ayam’ dan ‘ibu ayam’ adalah gambaran bahawa ini bukan perjodohan yang sebenar. 

Dalam hadis wujud konotasi bahawa seorang pelacur masuk syurga gara-gara memberi seekor anjing yang dahaga minum. Ia adalah ibarat dan perlambangan. ‘Pengaliran air’ yang tidak sempurna disifatkan dapat diselesaikan dengan cara mendapat air dari pelacur. 

Hakikatnya mungkin yang menyekat ‘pengaliran air’ itu adalah ‘syaitan-syaitan’ dalam pelbagai wajah. Isteri kita atau hamba sahaya kita atau khadam kita boleh menyamar sebagai pelacur. Bagi mengelak pelacur hakiki adalah dengan menyembelih ayam atau membanyakkan memakan ayam. Selesai masalah. 

Mengapa begitu? Bukankah di dalam al-Quran mengisahkan bahawa Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahawa beliau menyembelih Ismail a.s.? Tetapi Ismail telah ditukar menjadi kambing. [as-Saafat: 102-107]. Qarin jin oleh kerana ia jin maka ia boleh menjadi binatang. Begitu juga pelacur-pelacur hakiki hanya boleh dilumpuhkan dengan memakan ayam. Atau kita terpaksa merentas disiplin feqah Syiah iaitu ‘nikah mut’ah’!

10. Rasanya saya telah menjelaskan kenapa angka prima mempengaruhi hidup kita. Jadi kita harus meneliti al-Quran di manakah dan apakah angka-angka prima.



Rohan Razi

Sumber Asal :





Mimbasyinra Network

Quantum Metal ialah syarikat jual beli emas yang menawarkan perkhidmatan akaun emas secara digital dan fizikal, bantu rakyat menerusi pemulihan ekonomi di mana anda boleh beli emas serendah RM10 sahaja. Hubungi Admin +60134138542 atau klik link ini untuk pendaftaran percuma QM https://bit.ly/3N87bWc

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama