Membangkit Tenaga Dalam Al-‘Ain Dan Menentangnya




BAB: MEMBANGKIT TENAGA DALAM AL-‘AIN DAN MENENTANGNYA

Muqadimah

1. Kewujudan tenaga dalam al-‘ain itu adalah satu perkara yang thabit dalam beberapa nas al-Quran dan Sunnah. Memungkirinya jatuh kufur. Seolah-olah tidak beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Samada kita ingin mengetahui ia wujud atau memanipulasi satu tenaga dalam al-‘ain ini bergantung kepada kita. Jika kita tidak mempercayainya ia wujud maka kita bukan setakat mengingkari Allah dan Rasul-Nya, tetapi mendedahkan diri kita kepada bahaya!

Pendefinisian

Di dalam Surah al-Qalam: 51 Allah berfirman seperti berikut:

وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ

• Abdullah Muhammad Basmeih:

Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: “Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila”.

2. Dalam ayat ini disebut sebagai (بِأَبْصَارِهِمْ)(dengan pandangan-pandangan mereka). Di dalam hadis-hadis yang akan dipetik selepas ini dengan perkataan (الْعَيْنُ)(mata).

3. Dengan matalah kita memandang. Ia umpama satu kekuatan minda dan tenaga dalam tubuh yang dihantar melalui mata kepada objek yang hendak dimudaratkan. Dalam Surah al-Qalam: 51 disebut (لَيُزْلِقُونَكَ)(menggelincir dan menjatuhkanmu). Ia walau bukan serangan fizikal dari empunya al-‘ain namun tenaganya dapat mewujudkan satu serangan fizikal kepada mangsa. Ia boleh membunuh sebenarnya! Ia boleh menyebabkan seorang perempuan yang mengandung gugur kandungannya!

Hadis-Hadis Tentang Al-‘Ain

Berikut adalah beberapa hadis yang menyebut tentang al-‘ain:

«2199» حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ عُرْوَةَ وَهُوَ أَبُو حَاتِمِ بْنُ عَامِرٍ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ رِفَاعَةَ الزُّرَقِيِّ أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ عُمَيْسٍ قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ وَلَدَ جَعْفَرٍ تُسْرِعُ إِلَيْهِمُ الْعَيْنُ أَفَأَسْتَرْقِي لَهُمْ فَقَالَ: ((نَعَمْ فَإِنَّهُ لَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ لَسَبَقَتْهُ الْعَيْنُ)).

قَالَ أَبُو عِيسَى: وَفِي الْبَابِ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ وَبُرَيْدَةَ. وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

Sunan at-Tirmizi

Dari Ubaid Bin Rifa’ah az-Zurqi, sesungguhnya Asma’ Binti ‘Umaisy berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya anak Ja’far diserang oleh al-‘ain. Adakah aku melindunginya bagi mereka. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ((Ya, maka sesungguhnya jika ada sesuatu mendahului taqdir maka yang mendahuluinya adalah al-‘ain))



«2203» حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ خِرَاشٍ الْبَغْدَادِيُّ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِسْحَاقَ الْحَضْرَمِيُّ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ عَنِ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((لَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ لَسَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا)).

قَالَ أَبُو عِيسَى: وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو.

وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ. وَحَدِيثُ حَيَّةَ بْنِ حَابِسٍ حَدِيثٌ غَرِيبٌ. وَرَوَى شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ حَيَّةَ بْنِ حَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَعَلِيُّ بْنُ الْمُبَارَكِ وَحَرْبُ بْنُ شَدَّادٍ لاَ يَذْكُرَانِ فِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ.

Sunan at-Tirmizi

Dari Ibnu Thawus dari ayahnya dari Ibnu Abbas berkata: Bersabda Rasulullah ﷺ: ((Jika ada sesuatu mendahului taqdir maka yang mendahuluinya adalah al-‘ain. Dan bila kamu membasuh maka basuhlah mereka)).

«3635» حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنَا عَمَّارُ بْنُ رُزَيْقٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عِيسَى عَنْ أُمَيَّةَ بْنِ هِنْدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((الْعَيْنُ حَقٌّ)).

Sunan Ibnu Majah

Dari Abdullah Bin ‘Amir Bin Rabi’ah Dari ayahnya Dari Rasulullah ﷺ bersabda: ((Al-‘Ain adalah suatu yang benar wujud)).

«3638» حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ قَالَ مَرَّ عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ بِسَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ وَهُوَ يَغْتَسِلُ فَقَالَ لَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ وَلاَ جِلْدَ مُخَبَّأَةٍ. فَمَا لَبِثَ أَنْ لُبِطَ بِهِ فَأُتِيَ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقِيلَ لَهُ أَدْرِكْ سَهْلاً صَرِيعًا. قَالَ: ((مَنْ تَتَّهِمُونَ بِهِ)). قَالُوا عَامِرَ بْنَ رَبِيعَةَ. قَالَ: ((عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ)). ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَأَمَرَ عَامِرًا أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيَغْسِلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ وَرُكْبَتَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ وَأَمَرَهُ أَنْ يَصُبَّ عَلَيْهِ. قَالَ سُفْيَانُ قَالَ مَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ وَأَمَرَهُ أَنْ يَكْفَأَ الإِنَاءَ مِنْ خَلْفِهِ.

Sunan Ibnu Majah

Dari Abi Umamah Bin Sahl Bin Hunaif, berkata : ‘Aamir Bin Rabi’ah r.a. telah melihat Sahl bin Hunaif r.a. sedang mandi, maka dia berkata : Aku tidak pernah melihat seperti hari ini suatu kulit yang putih melepak! Maka dia (Sahl) telah rebah. Maka dibawa kepada Nabi ﷺ maka baginda diberitahu bahawa : Ketahuilah Sahl telah jatuh. Baginda telah bertanya: “Siapakah yang telah menyerangnya?”. Mereka berkata: ‘Aamir Bin Rabi’ah. Baginda bersabda: “Atas dasar apa seseorang dari kamu mahu membunuh sahabatnya? Jika melihat seorang dari kamu yang ditakjubnya maka hendaklah mendoanya dengan keberkatan.” Kemudian baginda menyuruh membawa air dan mengarah ‘Aamir untuk berwudhuk. Maka dibasuhkan wajahnya dan kedua tangannya sehingga kedua siku dan kedua buku lali serta dalam bajunya. Dan diarahkan kepadanya untuk dijirus ke atasnya.”

«3882» حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنِ الأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ يُؤْمَرُ الْعَائِنُ فَيَتَوَضَّأُ ثُمَّ يَغْتَسِلُ مِنْهُ الْمَعِينُ.

Sunan Abu Daud

Dari ‘Aisyah r.a. Berkata: Adalah Rasullullah ﷺ mengarahkan orang yang menyerang dengan al-‘ain berwudhuk kemudian membasuh dengannya orang yang diserang al-‘ain.

Penangkisan

4. Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah di dalam Zād al-Ma’ād Fi Hadyi Khairal Ibād menyaran untuk mengamalkan potongan Surah Al-Mulk: 3 – 4 seperti berikut bagi menangkis al-‘ain:

فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِنْ فُطُورٍ

ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنْقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ

5. Pengalaman saya jika tenaga al-‘ain diserang itu tidak berapa kuat maka boleh lah dan sempat lah kita membaca potongan Surah Al-Mulk: 3 – 4 ini. Namun jika kuat maka kita tidak sempat lagi untuk menangkisnya.

«3640» حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ عَبَّادٍ عَنِ الْجُرَيْرِيِّ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَعَوَّذُ مِنْ عَيْنِ الْجَانِّ وَأَعْيُنِ الإِنْسِ فَلَمَّا نَزَلَتِ الْمُعَوِّذَتَانِ أَخَذَهُمَا وَتَرَكَ مَا سِوَى ذَلِكَ.

Sunan Ibnu Majah

Dari Abi Said berkata: Adalah Rasulullah ﷺ meminta perlindungan dari ‘ain jin dan mata-mata manusia. Bilamana diturunkan al-muawizatain (al-falaq) dan (al-nas) maka Rasulullah ﷺ meninggalkan amalan-amalan lain. Al-muawizatain ini elok dibaca ketika solat atau wirid selepas sembahyang.

6. Pengalaman saya diserang al-‘ain ialah saya dapati penyerang mempunyai gelombang berbeza. Ada yang menyakitkan minda dan tubuh. Ada yang penuh hasad dan memusnahkan apa di sekitar. Gelombang al-‘ain adalah berbeza dari seorang dengan orang yang lain. Umpama bisa ular bergantung kepada spesisnya.

7. Ular memerlukan sengatan yang menyentuh untuk memindahkan bisanya. Namun al-‘ain boleh menyerang tanpa sentuhan walau dari jarak beribu-ribu kilometer seperti gelombang komunikasi yang dapat berhubung walau dari jauh.

Hukum Penceraian Di Bawah Pengaruh al-‘Ain

8. Oleh itu hukum penceraian bagi seorang lelaki yang melafazkan cerai di bawah pengaruh al-‘ain adalah tidak sah kerana ia bukanlah atas kehendaknya namun di bawah pengaruh luar.

Memanipulasi Al-‘Ain

9. Kita sebenarnya boleh memanipulasi serangan al-‘ain dengan menyerap tenaganya dan menyimpannya dalam tubuh kita. Kita kemudian boleh mempergunakannya semula. Ibarat caj bateri ke satu bateri yang lain. Apabila kita selalu terdedah dengan al-‘ain maka kita akan kalih atau lali dengan serangannya.

10. Kita juga boleh memanipulasi al-‘ain dengan secara mengarahkan dan mengawal seseorang dari jarak jauh. Jika kita selalu menghayati dan memperhalusi al-‘ain kita boleh membaca minda seseorang.

Hakikat Al-‘Ain

11. Mengapakah Rasulullah ﷺ menyuruh al-‘a’in (الْعَائِنُ) (orang yang menyerang secara ‘ain) berwudhuk dan membasuhkan al-ma’in (الْمَعِينُ) (orang yang diserang ‘ain) dengan air wudhuk tersebut? Ia adalah kerana tenaga itu adalah tenaga dalam sertaan seseorang dengan qarin jinnya yang diciptakan dari api. Maka untuk menghilangkan ‘kepanasan’ api adalah dengan menggunakan air.

12. Kita biasanya mengenali orang yang mempunyai al-‘ain ini ia mempunyai tanda hitam di sekitar matanya dan mempunyai renungan yang tajam.

Kesimpulan

13. Orang-orang yang mempunyai al-‘ain ibarat pakar-pakar tenaga nuklear. Ada yang menggunakannya untuk kebaikan. Ada yang menggunakannya untuk keburukan. Dicadangkan kepada sesebuah negara apabila mendapati seseorang mempunyai al-‘ain maka hendaklah diserapkan ke dalam satu unit khas untuk misi-misi negara. Ilmu tenaga dalam ini jika dilihat negatifnya ia adalah memudaratkan. Namun ia suatu yang positif jika diguna ke arah kebaikan.







Sumber Asal





Mimbasyinra Network

Quantum Metal ialah syarikat jual beli emas yang menawarkan perkhidmatan akaun emas secara digital dan fizikal, bantu rakyat menerusi pemulihan ekonomi di mana anda boleh beli emas serendah RM10 sahaja. Hubungi Admin +60134138542 atau klik link ini untuk pendaftaran percuma QM https://bit.ly/3N87bWc

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama