Bagaimana Untuk Menghadapi Energi Ghaib Yang Menyerang Anda?



1. Energi ghaib ini samada berpunca dari malaikat atau jin atau galian-galian bumi yang bertenaga. Lantas mungkin ada yang bertanya samada manusia dan bunian juga mempunyai energi ghaib? Ya, manusia dan bunian juga mempunyai energi ghaib kerana keberadaan qarin jin dalam tubuh mereka. Manusia itu sendiri adalah dicipta dari tanah dan mempunyai sari-pati tanah yang mana saya telah sebutkan bahawa energi ghaib boleh berpunca dari ‘galian-galian bumi yang bertenaga’.

2. Energi ghaib ini pelbagai bentuknya bergantung kepada ‘penghantar’ samada malaikat atau jin atau galian-galian bumi yang bertenaga atau sertaan semuanya. Saya beri contoh ain ia dihantar oleh gelombang otak dengan melalui mata. Sebab itu ia disebut ain. Saya dalam perbincangan-perbincangan lepas banyak menyentuhnya. 

Tenaga ini berganda bila disertai dengan galian-galian bumi yang bertenaga yang dipakai oleh si penghantar. Energi orang bertahajud itu sendiri sangat kuat. Mereka menyepi di waktu malam dengan berzikir dan berdoa serta kurang tidur menyebabkan mereka fokus dengan apa yang mereka mahu.

3. Tenaga ain oleh kerana ia berasal dari otak dan mata maka ia menyerang otak dan mata si penerima atau dengan kata lain mangsa. Setakat penelitian saya energi ghaib hanya menyerang otak dan mata serta hati. Hati kita atau hati orang yang mempunyai ikatan dengan kita, bila diserang secara energi ghaib, boleh menyebabkan kesakitan. 

Hati kita itu mempunyai ikatan (ÙˆَرَبَØ·ْÙ†َا عَÙ„َÙ‰ٰ Ù‚ُÙ„ُوبِÙ‡ِÙ…ْ)[al-Kahfi:14]. Ada satu lagi yang saya jumpai iaitu ia menyerang leher. Saya sendiri berpengalaman dalam hal ini iaitu ketika itu saya memakai kalung leher dari taring (bentuknya saya lihat seperti taring binatang) atau tulang binatang yang saya beli dari seorang peniaga Afrika di KL Sentral. Mangsa itu sakit tekak bila dia ingin menegur saya. Bila dia membaca beberapa zikir ma’tsur baru dia pulih dan boleh berbicara dengan saya. Keris saya yang saya namakan Keris Muhammad selalu menyerang secara ghaib di bahagian leher.

4. Komputer dan hanset kita sendiri mempunyai bahan galian bumi di dalamnya yang boleh menyebabkan ia mengeluarkan cahaya bagi kita menggunakannya. Bila gelombang komunikasi dihantar dari satu komputer ke komputer lain atau dari satu hanset ke hanset lain maka ia membawa radiasi yang samada jernih atau menyakitkan. Ia bergantung kepada orang yang menghantarnya. Jika sebelum dihantar ia disertai dengan mentera atau zikir-zikir dan dihembus kepada mesej tersebut maka ia mempunyai kesan yang memudaratkan atau baik kepada penerima.

5. Saya ada menyebut tentang galian-galian bumi yang bertenaga. Ya, sebahagian batu-batu permata mempunyai gelombang yang berbeza. Saya tak mahu bahaskan galian-galian bumi yang bertenaga yang dipunyai oleh orang lain kerana saya tak tahu ketika saya diserang itu ia dipunyai oleh siapa dan galian apa. Permata Si Runding, contohnya, menyerang bahagian kepala dan boleh membingungkan yang sangat kuat. Jika kita memakai batu-batu permata, ia memberi tenaga ghaib kepada kita disertai dengan qarin jin kita. Kita boleh menyebabkan orang yang berdepan dengan kita menjadi tersasul bahasa dan samada berdiam atau sakit kepala.

6. Kita menyedari galian-galian bumi yang bertenaga mempunyai tenaga ghaib seperti Uranium contohya, ia dapat diurai sehingga menjadi bom nuklear yang menakutkan. Akan tetapi ada ‘permata’ lain yang mempunyai khasiat seperti gemunggal (saya menyebut khasiat kerana ia bukan galian bumi tapi kayu-kayan) ia dapat menepis sihir dan santau. Sihir itu sendiri adalah satu bentuk tenaga ghaib yang sangat abstrak. Santau pula ia adalah fizikal dan mempunyai ramuan. Bani Melayu telah lama menyedari fungsi gemunggal dalam menangkis sihir dan santau serta serangan syaitan.

7. Saya ada sebut tentang malaikat. Malaikat sangat kuat (عَÙ„َّÙ…َÙ‡ُ Ø´َدِيدُ الْÙ‚ُÙˆَÙ‰ٰ)[an-Najm:5]. Mereka boleh mengalahkan segala energi-energi ghaib lain. Ia boleh terjadi kerana malaikat itu sendiri mahu melindungi orang-orang tertentu atas keizinan Allah atau dengan doa-doa, zikir-zikir, bacaan al-Quran dan amal soleh seorang lain bagi menghindari energi-energi negatif sehingga menarik campurtangan malaikat.

8. Senjata-senjata yang berasaskan besi mempunyai energi-energi mereka tersendiri. 

Oleh kerana ia tajam dan keras maka ia boleh menyerang dengan efektif. Jika hati yang diserangnya maka hati akan menjadi tidak tenteram. Bagi mereka yang terikat hati samada melalui persahabatan dan perkahwinan maka persahabatan dan perkahwinan mungkin akan terputus. Kuasa kekerasan dan ketajamannya boleh mencapai hingga ke tahap itu.

9. Kesan serangan energi-energi ghaib kepada bahagian-bahagian badan terutama otak, mata dan hati menyebabkan ketidaktenteraman kepada seseorang. Ia cukup menyakitkan samada otak dan mata atau hati. Bergantung kepada penjagaan dan kekuatan dari mana energi itu berasal. Dari segi undang-undangnya saya tidak menemui mana-mana undang di dunia yang menghalang hal ini. Sebenarnya jika ada undang-undang yang menghalangnya adakah kita mengetahui dari mana energi-energi ghaib negatif itu berasal? Atau dengan kata lain ia milik siapa? Kesamaran inilah mengundang kepada ketidaksuaian undang-undang untuk menghalangnya. Maka kita sendiri harus menjaga diri kita.




Sumber Asal





Mimbasyinra Network

Quantum Metal ialah syarikat jual beli emas yang menawarkan perkhidmatan akaun emas secara digital dan fizikal, bantu rakyat menerusi pemulihan ekonomi di mana anda boleh beli emas serendah RM10 sahaja. Hubungi Admin +60134138542 atau klik link ini untuk pendaftaran percuma QM https://bit.ly/3N87bWc

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama