Datuk nenek moyang kita dahulu telahpun menerapkan simpanan emas sebagai simpanan selamat mereka kan..? Cuma mereka menyimpan barang kemas perhiasan, bukan emas bar seperti yang kita simpan sekarang.
Terdapat pelbagai sentimental value dalam menyimpan dan menjaga barang kemas pusaka tersebut. Antaranya ialah perlu sentiasa ada dalam simpanan. Jika pajak pun jangan sampai tergadai.
1. Emas Adalah Simpanan Sebenar
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).”
Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
2. Elak Kebocoran Wang
Jarang terjadi orang yang ada emas dalam simpanan mengalami kebocoran wang. Mereka faham dengan konsep nilai semasa.
3. Aset Yang Mampu Dimiliki
Bagi memulakan pelaburan hartanah, kita memerlukan modal yang besar untuk deposit, bayaran peguam dan sebagainya. Namun untuk memulakan simpanan dengan emas pula, boleh mula serendah RM 100 sahaja bersama Public Gold. Lagi banyak emas yang dimiliki, lagi cerah peluang untuk kita bina kekayaan. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada strategi “beli ketika harga murah dan jual ketika harganya naik”
4. Emas Mudah Dicairkan
Emas merupakan aset yang paling mudah dicairkan jika dibandingkan dengan hartanah, saham dan sebagainya. Sekiranya benar-benar memerlukan duit, kita boleh jual atau pajakkan emas yang ada di kedai-kedai emas seluruh negara mahupun dunia. Kebanyakan kedai emas boleh dan sanggup membeli kembali emas tersebut asalkan tulen.
Antara Pajak Gadai Islamik yang popular dan terbesar di Malaysia adalah Ar-Rahnu. Mereka boleh berikan pinjaman antara 65% – 70% daripada nilai semasa emas kita.
5. Emas Kalis Inflasi dan Mengekalkan Kuasa Beli Dalam Tempoh Yang Lama
Sejak zaman dahulu lagi, nilai emas tetap sama sehingga ke hari ini. Contohnya di zaman Nabi Muhammad s.a.w, 1 Dinar Emas dapat membeli seekor kambing, begitu juga sekarang.
Namun jika kita bandingkan dengan Ringgit Malaysia, duit belanja sekolah kita di era 90an dahulu; lima puluh sen je tapi dapat beli nasi lemak, air sirap dan sebiji kuih. Namun di tahun 2021 ni. RM 1 Cuma dapat beli 2-3 biji kuih sahaja dengan saiz yang sederhana. Ini disebabkan INFLASI.
6. Emas Laku Di Seluruh Dunia
Sekitar tahun 1970-an, ketika Vietnam diserang US, ramai rakyatnya melarikan diri ke luar Negara. Mereka membawa emas sebagai bekalan kerana sudah pasti duit mereka tidak diterima di luar. Dengan emas inilah mereka menyara hidup sementara di luar dan pulang semula ke negara mereka setelah perang berakhir.
7. Emas Sebagai Salah Satu Cabang Perniagaan
Kita juga boleh menjana pendapatan melalui emas iaitu dengan cara menjual atau memperkenalkan kepada ahli keluarga dan rakan taulan. Banyak contoh kedai-kedai emas di luar sana serta orang perseorangan yang menjual barang kemas di pejabat.
Kesimpulan
Tak salah pun jika kita menyimpan duit dan benda lain, namun perlu ada sebahagian harta kita adalah dari logam dalam bumi yang paling bernilai ini.
“Simpan emas tidak menjadikan anda miskin”
Jemput join wasap group
📌 Call / Whatsapp : 013-413 8542 /
📌 PENDAFTARAN - Klik Link
📌 LINK PENUH
Tags
Tips