75% Penduduk Malaysia Tiada Simpanan Wang Sekurangnya RM 1,000 (Kajian BNM 2020)

75% Penduduk Malaysia Tiada Simpanan Wang Sekurangnya RM 1,000 (Kajian BNM 2020)




Kenapa perlu simpan emas? 

Tahukah anda emas adalah aset berharga yang bertindak sebagai simpanan untuk pelaburan? Ya, emas mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi kebaikan buat kita untuk jangka masa panjang.




Sifat dan nilai emas tidak sama seperti nilai mata wang. Berbanding emas, wang adalah sesuatu yang sukar untuk disimpan kerana sering akan ‘bocor’. Menurut kajian Bank Negara pada Ogos 2020, 75% daripada penduduk Malaysia tidak mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM 1,000. Oleh itu, menyimpan emas amatlah digalakkan berbanding menyimpan wang.


1. Kecemasan

Antara kelebihan menyimpan emas ialah kerana emas berfungsi sebagai bekalan kecemasan untuk ketidakpastian atau ketidakstabilan mata wang di masa hadapan. Sebagai contoh kini dunia sedang dilanda pandemik COVID-19 dan emas berfungsi sebagai pelindung daripada kejatuhan nilai mata wang.


2. Pendidikan

Selain itu, simpanan emas juga boleh digunakan untuk simpanan pelajaran anak-anak pada masa hadapan. Jika kita menyimpan emas untuk simpanan pendidikan, kita tidak perlu untuk membuat pinjaman pelajaran dan menambah beban hutang yang tidak sepatutnya.


3. Modal Perniagaan

Seterusnya, mengapa kita perlu simpan emas juga adalah kerana kita boleh menggunakan simpanan emas dijadikan modal perniagaan kelak. Jika kita berminat untuk memulakan perniagaan, kita tidak perlu untuk membuat pinjaman kerana kita boleh menggunakan simpanan emas yang kita ada untuk mendapatkan modal perniagaan.


4. Kesihatan

Selain daripada pendidikan dan modal perniagaan, simpanan emas juga akan bermanfaat untuk kegunaan kesihatan. Bil-bil hospital dan klinik tidak murah dan akan meningkat dari masa ke masa namun dengan simpanan emas, kita tidak perlu risau untuk kegunaan kesihatan di masa hadapan.


5. Pelaburan jangka masa panjang dan mudah dicairkan

Simpanan emas lebih bermanfaat dan memberi lebih banyak kelebihan untuk jangka masa panjang berbanding simpanan wang kerana emas amat mudah untuk dicairkan. 



Rujukan: 

Kosmo. 2020. 75 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan RM 1,000.




“Simpan emas tidak menjadikan anda miskin”






Mimbasyinra Network

Quantum Metal ialah syarikat jual beli emas yang menawarkan perkhidmatan akaun emas secara digital dan fizikal, bantu rakyat menerusi pemulihan ekonomi di mana anda boleh beli emas serendah RM10 sahaja. Hubungi Admin +60134138542 atau klik link ini untuk pendaftaran percuma QM https://bit.ly/3N87bWc

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama