Dapat maklumat lengkap sebelum membuka Akaun Simpanan Emas QM
Apa itu Quantum Metal?
Quantum Metal Sdn Bhd (1011907U) merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 30 Julai 2012 dengan modal berbayar RM10 juta. QM diurus dan dimiliki oleh Quantum Metal Capital, anak syarikat Quantum Metal Exchange Inc. (QMEI), sebuah syarikat tersenarai OTC U.S. (OTC:QMEI) berpangkalan di New York.
Ia menjalankan bisnes perdagangan emas serta menyediakan pembangunan dan perkhidmatan teknologi perbankan.
QM beribu-pejabat di Georgetown Penang, Quantum Metal juga mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching Sarawak, Singapura, Jakarta, Bangkok, Hong Kong dan juga Melbourne Australia.
Quantum Metal merupakan pengedar eksklusif emas 999.9 24K London Bullion Market Association (LBMA) Perth Mint Australia.
Ia membekalkan emas dan sistem kepada Bank Muamalat, Affin Islamic dan Al-Rajhi Bank.
QM merupakan pengedar eksklusif Panda Commemorative Gold kepada ICBC Malaysia, yang dipunyai 100% oleh ICBC China, bank terbesar dunia.
QM juga membekalkan emas Perth Mint kepada Ar-Rahnu Tekun.
QM merupakan rakan niaga kepada ANGKASA, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dan ACO, Asean Co-Operative Organisation yang mempunyai ahli seramai 60 juta orang di 10 buah negara.
Mendapat pengiktirafan patuh shariah di peringkat tempatan (ISRA', Tawafuq) dan antarabangsa (AAOIFI, World Gold Council)
Pada tahun 2019, Quantum Metal membuka keahlian kepada orang ramai untuk memiliki akaun emas digital.
Emas fizikal disimpan di The Brinks Singapore dan dilindungi 100% oleh insurans Llyod's London.